fbpx

IKM Johor Bahru bersih, baiki barangan elektrik di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga IKM Johor Bahru bersama Abdul Rashid Abdul Rahman (empat dari kanan) dalam program pembersihan rumah mangsa banjir di Kampung Chegar Medang di Bentong hari ini.

BENTONG – Jarak bukan penghalang kepada Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru untuk tampil menghulurkan bantuan diperlukan mangsa-mangsa banjir di Bentong yang dikejutkan dengan tragedi banjir besar.

Seramai 39 warga IKM Johor Bahru termasuk 23 pelajar dan 16 pensyarah serta kakitangan turut sama dalam misi bantuan sejauh lebih 400 kilometer di Kampung Chegar Medang dan Kampung Karak Setia di sini.

Penyelaras Unit Khidmat Masyarakat IKM Johor Bharu, Shamshul Annuar Ruslan berkata, program selama tiga hari itu melibatkan aktiviti pembersihan rumah, pendawaian elektrik dan pembaikan barangan elektrik.

“Kami memang biasa melakukan misi bantuan banjir sebelum ini termasuk di Pantai Timur dan apabila mendapat maklumat mengenai bantuan yang masih diperlukan di sini kami bergegas ke sini.

“Alhamdulillah selain dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk, misi bantuan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar membaik pulih barang yang rosak agar dapat diguna semula dengan selamat,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, melalui program itu pihaknya turut mendapat sumbangan daripada syarikat bumiputera Equal Weighing System Sdn. Bhd. bagi melaksanakan program pendawaian elektrik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI