fbpx

Usaha berterusan kurangkan kos sara hidup rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan usaha berterusan di samping pemeriksaan oleh penguat kuasa bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dan memberi pelbagai pilihan kepada pengguna untuk berjimat melalui pembelian terancang.

Menurut kenyataan KPDNHEP, kementerian itu menyokong usaha kerajaan merancakkan semula pemulihan ekonomi dengan pelbagai inisiatif yang diumumkan di dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 dan Bajet 2022 untuk memastikan ketahanan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Katanya, menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sedang dilaksanakan oleh KPDNHEP dan agensi kerajaan yang lain, ia diharap dapat membantu meringankan kos sara hidup dengan pelaksanaannya melibatkan seluruh 222 parlimen bermula 2 Disember dan diteruskan sehingga Mac.

“Selain itu, kementerian juga memperkenalkan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dilaksanakan bermula pada 7 Disember lalu, bertujuan menstabilkan harga barangan keperluan asas pada masa ini serta dilanjutkan sehingga 4 Februari.

“Dalam masa sama, usaha ini akan dilanjutkan dengan pelbagai program bersifat rakyat centric yang akan dilaksanakan dalam tahun ini seperti Jualan Back-to School, Jualan Musim Perayaan, Jualan Hari Kebangsaan, Jualan Bulan Sukan dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan itu menyebut, tugas penguatkuasaan turut giat dijalankan melalui Ops Cakna, Ops Pasar dan Ops Menu dalam memastikan tiada pihak mengambil kesempatan ke atas insiden banjir.

Malah, katanya, KPDNHEP juga akan meneruskan libat urus bersama industri untuk mencari jalan penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi pasca Covid-19.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI