PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di dua buah negeri sehingga pukul 1 tengah hari nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak dan Selangor.
“Di Perak, antara kawasan yang terjejas ialah di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Sementara itu, di Selangor pula melibatkan kawasan Sabak Bernam sahaja,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.