fbpx

8 sungai di 5 negeri melebihi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak lapan sungai di Pahang, Selangor, Johor, Melaka dan Sabah merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan sehingga pukul 9 pagi tadi.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

“Di Pahang, tiga sungai di paras bahaya melibatkan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera dengan paras air pada 26.45 meter melebihi tahap bahaya 0.45 meter dengan trend menaik.

“Selain itu, Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan, mencatatkan bacaan 16.44 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 1.54 meter dengan trend tiada perubahan manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera mencatatkan bacaan 31.99 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 1.48 meter dengan trend menurun.

“Di Selangor, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam pula dengan bacaan 4.81 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 2.51 meter dengan trend menaik,” menurut data laman web itu.

Sementara itu, katanya, di Johor pula, melibatkan Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, dengan bacaan paras air 20.74 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.79 meter namun menunjukkan trend menurun.

Jelasnya, di Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak, paras air pada 4.04 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.79 meter juga menunjukkan trend menurun.

“Di Melaka, Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah menunjukkan bacaan air pada paras 2.27 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.27 meter dengan trend menaik.

“Bagi Sabah pula, Sungai Padas di Beaufort JPS, Beaufort, paras air pada 8.81 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.11 meter dengan tiada perubahan trend ditunjukkan,” ujarnya.

Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 12,408 daripada 3,778 keluarga dipindahkan ke 176 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 9.30 pagi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI