fbpx

Banjir: 40 mangsa masih di dua PPS Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnul (kemeja putih) meninjau mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang, Banting pagi tadi.

KUALA LANGAT – Jumlah mangsa banjir di Selangor masih kekal seramai 40 orang setakat pukul 5 petang tadi.

Mereka yang terdiri daripada 12 keluarga itu kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting dan Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mangsa melibatkan penduduk Jalan Sungai Nangka dan Kampung Kelanang yang terjejas banjir kelmarin.

“Paras air kediaman mencatatkan penurunan namun kedua-dua PPS itu belum ditutup pihak berkuasa setakat ini.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan termasuk ketika fenomena air pasang besar yang diramal berakhir esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Timbalan Speaker DUN Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin turut hadir meninjau mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang pagi tadi. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI