fbpx

Wolves tamatkan badi 42 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Wolves meraikan jaringan tunggal Moutinho ketika mereka menewaskan United awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Wolverhampton Wanderers melakar kemenangan pertama ke atas Manchester United sejak 1980 selepas menang 1-0 ke atas pasukan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, United dikatakan menampilkan aksi di bawah tahap sebenar apabila sekadar melakukan dua percubaan tepat berbanding enam yang dicatatkan oleh pasukan pelawat.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, pemain tengah Wolves, Joao Moutinho menjadi wira pasukan itu apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-82.

Pengurus Wolves, Bruno Lage menjelaskan, mereka mengambil masa yang agak lama untuk memahami corak permainan United sebelum mengambil kesempatan ke atas ruang kosong di bahagian pertahanan tuan rumah.

“Ia bukanlah disebabkan oleh kelemahan United tetapi kami cuba intai peluang untuk gunakan ruang yang ada. Selepas faham dengan corak permainan United, barulah kami boleh bermain lebih baik.

“Apabila dapat gunakan ruang kosong sebaiknya, kami mampu untuk berikan lebih masalah kepada mereka. United ubah sistem permainan tetapi kami berjaya beri tekanan dan berjaya dapatkan tiga mata,” kata beliau.

Pada masa sama, pengendali dari Portugal itu juga menyatakan skuad kendaliannya berhak untuk membawa pulang tiga mata apabila melakukan 19 percubaan ke arah pintu gol United sepanjang 90 minit permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI