fbpx

United tanggung aib angkara prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mencatat kekalahan keenam musim ini selepas tewas 0-1 kepada Wolves pada aksi di laman sendiri awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Manchester United terus berdepan krisis prestasi apabila mereka tewas mengejut 0-1 kepada Wolverhampton Wanderers dalam sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi semalam.

Pengurus United, Ralf Rangnick menyuarakan rasa kecewa apabila barisan pemainnya langsung tidak memberikan tekanan kepada Joao Moutinho ketika pemain Wolves itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.

Bagaimanapun, beliau tetap mengakui, skuad kendalian Bruno Lage itu merupakan pasukan terbaik pernah ditentang oleh United selepas beliau dilantik sebagai pengendali The Red Devils November lalu.

“Moutinho dapat melakukan percubaan tanpa sebarang masalah kerana tidak diberikan tekanan. Kami sangat kecewa dengan keputusan ini, lebih-lebih lagi dengan prestasi seperti ini.

“Mereka bermain dengan empat atau lima pemain tengah, jadi kami berdepan masalah untuk mengawal permainan. Saya terpaksa mengubah taktikal dan formasi, namun gagal untuk manfaatkan setiap peluang terhidang,” katanya.

Dalam pada itu, bek kiri Uni­ted, Luke Shaw turut mempersoalkan semangat berpasukan pemain-pemain United selepas memberi gambaran mereka gagal bermain sebagai satu pasukan.

“Saya tidak dapat rasakan semangat kerjasama dalam pasukan, sebab itulah kami bergelut dalam perlawanan ini. Anda tidak boleh salahkan pengurus kerana kami sudah berada di sini untuk tempoh yang lama,” ujar­nya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI