fbpx

FIA yakin Hamilton tidak akan bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON dilapor masih terus berdiam diri biarpun spekulasi mengenai masa depannya dalam F1 kian hangat. – AFP

LONDON – Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Mohammed Ben Sulayem percaya bahawa juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton tidak angkat kaki meninggalkan perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Sejurus kekalahan pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, Hamilton tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, malah tidak aktif lagi di media sosial miliknya.

Situasi itu menyebabkan timbul spekulasi menyatakan pemandu Britain tersebut bakal menarik diri akibat kekecewaan dengan tindakan pengarah perlumbaan yang dilihat membuka ruang kepada seterunya, Max Verstappen untuk bergelar juara dunia F1.

“Saya tidak fikir bahawa Hamil­ton akan meninggalkan perlumbaan ini. Adakah Hamilton sendiri mengeluar kenyataan bahawa dia tidak meneruskan kariernya lagi?

“Sudah pasti tidak. Ketika anda bergelar seorang pelumba semestinya anda perlu menjelaskan sendiri dan tidak membiar­kan khabar angin seperti itu te­rus berlanjutan.

“Saya yakin Hamilton akan kembali kerana dia merupakan sebahagian daripada sukan F1. Saya yakin penonton di luar sana akan menyaksikan saingan hebat pada perlumbaan akan datang,” kata Sulayem.

Dalam pada itu, presiden baharu FIA tersebut turut menjelaskan bahawa pihaknya akan lebih proaktif dalam memperbaiki peraturan perlumbaan dari semasa ke semasa agar insiden di GP Abu Dhabi tidak berulang.

“Saya akan mempelajari insiden yang telah berlaku di Abu Dhabi dan jika ada penambahbaikan yang harus dilakukan, kami akan melakukannya.

“Saya telah katakan sebelum ini bahawa peraturan FIA bukanlah sebuah kitab suci, malah pe­raturan ini ditulis oleh manusia.

“Jadi, segala pertikaian atau permasalahan boleh dibincangkan, diperbaiki dan diubah,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI