fbpx

Sorok kematian bapa elak ganggu ibadah umrah ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang wanita yang sedih ketika sedang membacakan surah Yasin buat arwah suaminya.

PETALING JAYA – “Kami adik-beradik pakat tak nak bagitahu, biar mak tenang buat ibadah umrah.”

Demikian penjelasan seorang anak mengenai sebab mereka adik-beradik tidak memberitahu ibunya mengenai pemergian ayah mereka terlebih awal.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @UmiAisy, ayahnya telah meninggal dunia ketika ibunya masih berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Menurutnya, mereka tidak mahu mengganggu fokus dan ketenangan ibunya ketika di sana dan akan memberitahu setibanya di Malaysia.

“Biar mak tenang, bila balik Malaysia baru dia akan tahu.

“Dulu mak dan ayah dah janji nak pergi Makkah bersama, tapi ayah kurang sihat dan izinkan mak untuk tunaikan umrah dahulu,” katanya.

Selain itu, ibunya sering memaklumkan selalu merasa berdebar apabila teringat kepada keadaan ayahnya yang sakit di kampung.

“Tamat tempoh idah, mak ziarah kubur arwah ayah, sayu hati tengok mak,” katanya.

Sementara itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi dan rata-rata mendoakan agar ibunya terus tabah dan mengucapkan takziah kepada mereka sekeluarga.

“Salam takziah untuk awak dan keluarga, semoga terus kuat dan tabah, jaga mak awak yang masih ada dengan baik,” kata @norashe.

“Takziah, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” kata Noor Murni Nadia.

“Salam takziah, nampak sedih sangat mak awak, moga makcik kuat dan tabah,” kata @aqmarmiqael. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI