fbpx

RO Optom House tambah cawangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
rosmadi (tengah) bersama kakitangan Rosmadi Optometrist bergambar di hadapan cawangan ke-10 syarikat tersebut bertempat di Kota Bharu.

KOTA BHARU – Syarikat jualan produk optometri milik bumiputera, Rosmadi Optometrist Sdn. Bhd. (Rosmadi Optometrist) membuka cawangan ke-10 di Jalan Kebun Sultan, di sini kelmarin.

Pembukaan cawangan baharu dengan konsep moden menggunakan jenama RO Optom House itu merupakan cawangan kesembilannya di Kelantan, selain satu di Jerteh, Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rosmadi Nawi, 55, berkata, pembukaan cawangan keempat di daerah ini merupakan salah satu percubaan syarikat untuk me­lebarkan perniagaan di kawasan yang turut dikenali sebagai China Town Kota Bharu.

Menurutnya, beliau menyasarkan jualan sebanyak RM20,000 hingga RM50,000 bagi cawangan berkenaan tahun ini.

“Ia berdasarkan prestasi sembilan cawangan kita sebelum ini yang melebihi angka tersebut setiap tahun.

“Fokus Rosmadi Optometrist bukan sekadar untuk menjual cermin mata. Kami turut menyediakan perkhidmatan terapi mata untuk pelanggan yang me­ngalami masalah penglihatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis pembukaan.

RO Optom House menawarkan promosi bingkai dan cermin mata pada harga RM59 untuk model terpilih sempena pembukaan cawangan terbaharunya.

Rosmadi berkata, cawangan terbaharu itu mempunyai dua orang pakar sains penglihatan yang akan membantu setiap pe­langgan terutamanya daripada aspek kesihatan mata.

Tambahnya, syarikat turut merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan dalam tempoh terdekat kerana masih belum mempunyai cawangan di empat buah daerah di Kelantan.

“Rosmadi Optometrist bermula sejak 29 tahun lalu dan pembukaan cawangan ke-10 ini merupakan satu kejayaan buat kami untuk terus melebarkan sayap perniagaan terutamanya di Kelantan.

“Orang ramai boleh mendapatkan bingkai dan cermin mata terpilih pada harga serendah RM59 sepanjang bulan Januari sebagai promosi sempena pembukaan cawangan baharu ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI