fbpx

Tiada nafsu pada suami, isteri curang dengan dua lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang hanya dikenali sebagai SD (dua dari kanan) ditangkap ketika selepas dilaporkan oleh suaminya sendiri. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita berusia hampir separuh abad menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini kerana berlaku curang terhadap suaminya bersama dua lelaki lain, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kisah tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram @penajamterkini_net.

“Curang dengan dua lelaki sekali gus kerana tidak lagi bernafsu pada  suaminya,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama hantaran itu.

Menurut kenyataan yang ditulis oleh admin akaun Instagram itu, wanita berusia 48 tahun yang hanya dikenali sebagai SD dikatakan berlaku curang di rumahnya sendiri di Sungai Nilo, Kampung Nilo Dingin, Jambi.

Menurut keterangan bertulis, Ketua Polis Lembah Masurai, IPTU Sitepu Kanit Reskrim menjelaskan bahawa ketika serbuan dibuat, ketiga-tiga pelaku belum ‘berkesempatan’ melakukan hubungan intim.

“Ini berdasarkan kenyataan pelaku ketika siasatan polis. Ketiga-tiga mereka mengaku belum sempat berbuat apa-apa sebelum diserbu oleh penduduk setempat,” katanya.

SD berkata, wanita itu bertindak demikian  kerana sudah tidak bernafsu lagi terhadap suaminya, malah si isteri telah menjalin hubungan sulit selama tiga tahun setengah.

Netizen yang membaca hantaran itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Tidak mensyukuri apa yang sudah diberikan,” komen seorang netizen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI