fbpx

Tiga menteri digugurkan hanya spekulasi – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri melawat mangsa banjir di PPS di Sekolah Kebangsaan Gangsa, Melaka hari ini.

MELAKA – Nama tiga menteri yang didakwa bakal digugurkan daripada senarai jemaah Kabinet yang dilaporkan media hanyalah spekulasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan kini fokus untuk membantu rakyat yang terjejas teruk dalam bencana banjir selain mengawal penularan wabak Covid-19.

Ujarnya, dakwaan tiga menteri bakal digugurkan hanyalah khabar angin dan bukan perkara baharu yang perlu dibincangkan.

“Itu (pengguguran menteri) spekulasi, selagi saya tidak buat kenyataan, ia hanyalah spekulasi

“Saya hendak fokus isu (mangsa) banjir, nama-nama itu (tiga menteri bakal digugurkan) biasalah dahulu pun macam itu juga, saya tak nak cakap pun soal ada atau tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat lawatan dan menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) pada mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gangsa di sini, hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan, dua daripada menteri yang dikatakan akan digugurkan adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), manakala seorang lagi daripada UMNO.

Ia ekoran dakwaan bahawa mereka gagal menguruskan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini sehingga mengundang pelbagai kritikan terhadap kepimpinan menteri-menteri tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI