fbpx

Tanah runtuh berhampiran rumah, sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Farid menunjukkan keadaan tanah runtuh berhampiran sekolah dan rumah penduduk ketika ditemui di Taman Gemas Height, di sini, tadi. - FOTO: NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Pasukan bomba melakukan pemantauan di kawasan berdekatan Taman Gemas Height susulan terdapat kejadian tanah runtuh pada 2 Disember lalu berhampiran rumah penduduk dan juga sebuah sekolah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas, Mohd. Farid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.59 pagi daripada penduduk yang menyatakan terdapat kejadian tanah runtuh serta air berlumpur di pekarangan rumah.

“Lokasi ini masih berisiko berlaku lagi pergerakan tanah sekiranya hari hujan. Oleh itu, kita akan meneruskan pemantauan dan meminta penduduk untuk berhati-hati serta segera berpindah jika terdapat lagi runtuhan.

“Selain lokasi di sini yang membabitkan dua rumah penduduk, terdapat tiga lokasi lain melibatkan tanah runtuh iaitu di Taman Damai, Felda Pasir Besar dan juga jalan utama Gemas-Tampin,” katanya ketika ditemui di Taman Gemas Height, di sini, tadi.

Sementara itu, Farid berkata, pasukannya dengan kekuatan 33 pegawai dan anggota yang sudah pun bertugas sejak hari pertama kejadian banjir di Gemas pada 31 Disember lalu dan kini sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

Menurutnya, masih terdapat trend paras air sungai menaik di Sungai Buluh Kasap, Segamat dan terdapat kemungkinan air sungai berkenaan ‘menolak’ kembali ke Gemas.

“Antara lokasi yang berisiko banjir ialah Taman Sungai Gemas dan kita sentiasa dalam keadaan bersiap siaga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI