fbpx

11 sungai di 6 negeri berada pada aras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sejumlah 11 sungai di Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Melaka merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Di Pahang, dua sungai di Pekan dan Bera melepasi paras bahaya antaranya Sungai Pahang di Kuala Sungai, Pekan menunjukkan sungai itu berada pada paras 16.3 m (meter) dengan trend menaik serta Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera mencatatkan bacaan 32.71 m melebihi tahap bahaya sebanyak 2.21 m.

“Di Selangor, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam juga terus meningkat dengan bacaan 3.1 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.80m dengan trend menaik.

“Di Johor, paras air turut meningkat melibatkan Sungai Lenik, di Ladang Chaah, Bandar Segamat selepas paras air melepasi tahap bahaya iaitu 6.46 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.46 m dengan trend menurun manakala Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Segamat merekodkan bacaan 6.41 m juga melebihi tahap bahaya sebanyak 0.41 m.

“Sementara itu, turut melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak dengan bacaan 4.23 m dan Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar dengan bacaan 2.7 m,” katanya.

Di Negeri Sembilan, hanya melibatkan satu kawasan iaitu Sungai Muar, di Pekan Rompin, Jempol merekodkan bacaan 34.52 m melebihi tahap bahaya sebanyak 1.52 m.

“Selain itu, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu di Terengganu berada pada aras bahaya dengan bacaan 21.1m.

“Dua sungai di Melaka turut berada pada tahap bahaya membabitkan Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin dengan bacaan 3.72 m dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah mencatatkan bacaan 2.66 m,” ujarnya.

Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 14,000 daripada 4,220 keluarga dipindahkan ke 198 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 3.45 petang hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI