fbpx

Penumpang wanita maut, kemalangan babit dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penumpang wanita maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Kimanis-Keningau semalam. -FOTO: IHSAN POLIS

PAPAR – Seorang penumpang wanita maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Kimanis-Keningau semalam.

Wanita berusia 40-an berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 3.20 petang itu.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, kemalangan terbabit melibatkan kenderaan jenis Honda Jazz dan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax.

“Siasatan awal mendapati pemandu Honda Jazz dari arah Keningau menuju ke Papar.

“Bagaimanapun, ketika kenderaan Honda Jazz berkenaan menuruni jalan berbukit dalam keadaan hujan, pemandu kenderaan tersebut tidak dapat mengawal kenderaanya lalu memasuki lorong sebelah kanan (lorong bertentangan).

“Honda Jazz dalam keadaan melintang (penumpang sebelah pemandu berada di depan) meluncur turun ke bawah dan pada masa sama, kenderaan jenis Isuzu Dmax yang berada di lorong kiri menghala dari Papar ke Keningau melihat Honda Jazz berkenaan hilang kawalan sebelum memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelah kiri bagi mengelak perlanggaran

“Bagaimanapun, Honda Jazz dalam keadaan melintang telah merempuh Isuzu Dmax terbabit,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Mengulas lanjut, Batholomew berkata, akibat kejadian itu, penumpang yang duduk di bahagian penumpang hadapan Honda Jazz mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Papar.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kemalangan membabitkan lima mangsa iaitu seorang meninggal dunia, dua parah dan dua lagi cedera.

“Empat individu termasuklah seorang mangsa meninggal dunia, dua parah dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera ringan berada di dalam Honda Jazz manakala seorang lelaki pemandu Isuzu Dmax berusia 50-an juga cedera ringan.

“Semua mangsa diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada pukul 4.58 petang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI