fbpx

40,000 pekerja Terengganu disasar nikmati SKSPS Padanan Caruman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farihah (kanan) menyerahkan faedah Perkeso kepada Muhammad Zulfadhli Firdaus (dua dari kanan), Muhammad Zulfan Fauzan (dua dari kiri) dan Ahmad Zamri di Panji Alam, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyarankan pengamal media sambilan memanfaatkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Padanan Caruman yang diperkenalkan tahun ini.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Hussin berkata, berdasarkan inisiatif Belanjawan 2022, golongan tersebut layak menerima bantuan caruman sebanyak 80 peratus daripada kerajaan.

“Wartawan yang bekerja sendiri tergolong dalam salah satu daripada lapan sektor yang layak menerima bantuan caruman tersebut.

“Kerajaan akan menanggung 80 peratus atau RM186.20 daripada pelan kedua SKSPS berkenaan manakala mereka pula hanya perlu membayar RM46.60 bagi pelan perlindungan Perkeso berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan faedah pengurusan mayat kepada waris wartawan Sinar Harian, Robiah Omar yang meninggal dunia akibat ketumbuhan dalam otak pada 24 Disember lalu.

Suami Robiah, Ahmad Zamri Sulong, 62, juga layak menerima faedah pencen penakat sebanyak RM1,644,45 sebulan seumur hidup manakala dua anak Allahyarham Robiah iaitu Muhammad Zulfadhli, 7, dan Muhammad Zulfan Fauzan, 9, pula sehingga berusia 21 tahun.

Farihah berkata, pengamal media sambilan dan waris mereka yang mencarum dalam pelan kedua SKSPS tersebut layak menerima lapan faedah ditawarkan Perkeso sekiranya terlibat dalam kemalangan atau kematian sewaktu menjalankan tugas.

Jelas beliau, Perkeso Terengganu menyasarkan 40,000 pekerja sendiri di negeri ini memanfaatkan bantuan caruman SKSPS Padanan Caruman yang ditawarkan kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI