fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Kelantan, Terengganu dan Sarawak dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, daerah terlibat di Kelantan adalah Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu). Sarawak di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu),” kata MetMalaysia.

Menurut kenyataan itu, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI