fbpx

Pegawai SPRM terlibat kehilangan RM25 juta dijangka didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa terlibat dengan kehilangan wang RM25 juta dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini esok.

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu menerima kebenaran untuk mendakwa seorang pegawai suruhanjaya tersebut di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

“Tiga individu iaitu seorang pegawai SPRM dan dua pengurus syarikat dalam dua kes berbeza didakwa,” kata kenyataan itu.

September lalu, SPRM menahan tiga pegawainya selepas bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas suruhanjaya itu ketika menyiasatnya pada 2018 telah hilang.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI