fbpx

Banjir: 18 institusi pendidikan masih dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 18 institusi pendidikan melibatkan 16 sekolah rendah dan dua sekolah menengah masih dinaiki air akibat banjir.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, 87 institusi pendidikan pula masih dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala lapan lagi terjejas banjir dan belum bersedia untuk beroperasi.

“Berdasarkan kenyataan media KPM bertarikh 24 Disember 2021, tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3, 2021/2022 adalah pada 9 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 10 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B.

“Namun demikian, bagi institusi pendidikan bawah KPM yang terkesan akibat banjir, pengoperasian hanya akan bermula setelah institusi pendidikan terlibat sedia untuk beroperasi,” katanya hari ini.

Katanya, KPM akan terus memantau dan mengemas kini pada setiap Rabu senarai institusi pendidikan yang dilanda banjir atau dijadikan sebagai PPS.

“Perubahan senarai yang dikeluarkan oleh KPM adalah tertakluk kepada situasi semasa bencana banjir. Justeru, mungkin terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan institusi pada setiap minggu,” katanya.

Ujarnya, senarai itu boleh diakses melalui laman sesawang KPM https://www.moe.gov.my/.

“Bagi institusi pendidikan yang telah selesai dibersihkan dan bersedia untuk kembali beroperasi, pengoperasian institusi pendidikan ini akan bermula pada hari Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI