fbpx

Tatu bunga mawar warna hitam pada punggung mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tatu bunga mawar yang ditemui pada punggung mayat wanita itu.

PUTRAJAYA – Hasil bedah siasat ke atas mayat wanita tanpa identiti ditemui di tasik berhadapan Skyrides, Presint 2 di sini mendapati, terdapat tatu berbentuk bunga mawar berwarna hitam pada bahagian punggung di sebelah kirinya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, bedah siasat dijalankan pukul 10 pagi hingga 2 petang hari ini oleh pakar patologi, Dr. Ahmad Shafie Ahmad Amran di Forensik Hospital Kuala Lumpur mengesahkan punca kematiannya belum dikenal pasti.

Menurutnya, pemeriksaan doktor mendapati ketinggian wanita itu kira-kira 163 sentimeter dengan berat antara 50 hingga 60 kilogram, selain bangsa tidak dapat dikenal pasti kerana sudah mereput, manakala tanda suntikan BCG dan rubella di bahu kiri dan kanan hilang ekoran kulit tertanggal.

“Pemeriksaan pada luaran mayat mendapati ia berada lama di dalam air dan telah kembung selain ada kesan-kesan luka dipercayai gigitan haiwan liar dan kesan dicalar oleh haiwan liar (biawak) di pipi serta badan melecet akibat terkena matahari.

“Terdapat juga kesan luka di atas kening dipercayai terkena benda tumpul tetapi bukan unsur jenayah. Pemeriksaan organ dalaman mayat mendapati hanya tinggal jantung sahaja, manakala organ perut telah hilang seperti dimakan haiwan semasa berada di dalam air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI