fbpx

Hazman Hilmi dilantik CIO baharu KWAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengumumkan pelantikan Hazman Hilmi Sallahuddin sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Hazman Hilmi sebelum ini memegang jawatan Pengarah Urusan  Damansara Assets Sdn. Bhd., anak syarikat Johor Corporation dan juga Ketua Pegawai Eksekutif AMAL Malaysia Airlines, anak syarikat Malaysian Aviation Group.

Beliau juga sebelum ini pernah menjawat beberapa jawatan di Khazanah Nasional Berhad sepanjang 12 tahun dalam syarikat tersebut.

Ia termasuk memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Khazanah Europe Investment Limited yang berpangkalan di London dan juga sebagai Naib Presiden Khazanah Turkey Regional Office di Istanbul.

Hazman Hilmi memiliki pelbagai pengalaman yang luas dalam ekuiti swasta, pelaburan  modal teroka dengan fokus strategi, pelaksanaan pelaburan, rundingan perjanjian serta dalam  perancangan penciptaan nilai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI