fbpx

Kes Covid-19 global melonjak 58 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENINGKATAN disebabkan varian Omicron, namun kematian menurun. - AFP

WASHINGTON – Kes Covid-19 melonjak pada angka tertinggi di seluruh dunia termasuk banyak negara di Eropah di samping Amerika Syarikat dan Kanada yang berpunca daripada jangkitan varian Omicron walaupun langkah sekatan dan vaksinasi dipertingkatkan, lapor agensi berita United International Press kelmarin.

Letusan jangkitan berlaku menjelang Krismas dan sepanjang tahun baru sehingga memaksa kota raya Atlanta, Athens, Berlin, London, New Delhi, Paris dan Rom membatalkan rancangan sambutan ambang Tahun Baru. Festival di New York diteruskan tetapi beserta sekatan ketat termasuk pelalian mandatori dan pemakaian pelitup muka.

Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada 24 November tahun lalu kini mengatasi varian Delta di banyak kawasan di dunia.

Dalam tempoh hanya seminggu, angka jangkitan meningkat 58 peratus berjumlah 9,186,117 manakala kes keseluruhan Covid-19 meningkat kepada 290,221,326 setakat kelmarin, demikian menurut laman web pemantau jangkitan koronavirus, Worldometers.info. Pada minggu sebelumnya jangkitan Covid-19 meningkat sebanyak 13%.

Kes di sejumlah negara meningkat lebih dua kali ganda termasuk Greece (329 peratus), Argentina (237 peratus), Australia (202 peratus), Israel (197 peratus), Colombia (194 peratus), Arab  Saudi (180 peratus), Brazil (155 peratus), Itali (150 peratus), Portugal (148 peratus), Canada 133 peratus, India 120 peratus, Perancis France (116 peratus) dan China (115 peratus).

Beberapa negara pula mencatat kes harian tertinggi sejak seminggu lalu dengan angka jangkitan pada Jumaat lalu di Perancis berjumlah 232,200 (populasi 65.5 juta) diikuti oleh Britain sebanyak 189,846 (populasi 68.4 juta dan Kanada dengan 41,210 (populasi 38.2 juta).

Amerika Syarikat (AS) memecahkan rekod jangkitan harian pada Khamis lalu apabila mencatatkan sebanyak 572,029. 

Bagaimanapun, angka kematian di seluruh dunia menyaksikan penurunan sepanjang minggu lalu termasuk di India, Jepun, Indonesia, AS, Mexico, di samping rantau Asia dan Amerika Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI