fbpx

KPK Jakarta wang rasuah hampir RM800 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANGKU jurucakap KPK, Ali Fikri berkata, wang rasuah yang diperoleh akan menyumbang kepada kewangan negara Indonesia. - merdeka.com/Iqbal Nugroho

JAKARTA – Suruhanjaya Pembasmian Rasuah Jakarta (KPK) memaklumkan telah menyerahkan wang berkaitan kes rasuah kepada perbendaharaan negara sebanyak 2.713 trilion rupiah (RM793.46 juta) dalam tempoh lapan tahun, lapor saluran berita Liputan6 semalam.

Perkara tersebut disampaikan oleh pemangku jurucakap KPK, Ali Fikri.

‘’KPK secara konsisten mengoptimumkan pemulihan aset melalui pendekatan strategi penguatkuasaan,’’ katanya. 

Menurutnya, KPK mendepositkan sebanyak 107 bilion rupiah (RM31.21 juta) pada 2014 dan 193 bilion rupiah (RM56.49 juta) pada 2015. 

Kemudian pada 2016 pula, sebanyak 335 (RM98.04 juta) bilion dideposit berbanding 324 bilion rupiah (RM94.83 juta) pada 2017.

Jumlah yang dicatatkan pada 2018 dan 2019 masing-masing dicatatkan sebanyak 600 bilion rupiah (RM175.6 juta) dan 468 bilion rupiah (RM136.87 juta). 

Bagaimanapun, jumlah semakin berkurangan pada tahun 2020 apabila sebanyak 294 bilion (RM86.05 juta) dideposit tetapi meningkat pada 2021 sebanyak 374 bilion (RM109.5 juta). 

‘’Menerusi data, jumlah pemulihan aset KPK meningkat sebanyak 80 bilion rupiah (RM23.4 juta) pada 2021 berbanding pada 2020 iaitu pada kadar 27 peratus,’’ jelas Ali.

Ali berkata pihaknya akan terus memaksimumkan pemulihan kewangan negara daripada rasuah demi kesejahteraan rakyat Indonesia.

‘’Pemulihan aset KPK menjadi pendapatan negara bukan pajak (PNBP) sebagai sumber pembiayaan negara dalam membangun bangsa dan negara untuk kesejahteraan rakyat Indonesia,’’ jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI