fbpx

Bicara saman fitnah Siti Nordiana dibenar pindah ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nordiana ketika hadir di Mahkamah Sesyen Sivil sebelum ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan dua daripada lima individu yang disaman penyanyi Siti Nordiana Alias berhubung dakwaan fitnah di platform media sosial Instagram, untuk memindahkan prosiding perbicaraan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili Siti Nordiana ketika dihubungi di sini selepas pendengaran permohonan tersebut secara dalam talian di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Dua individu yang membuat permohonan itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42,.

Kedua-dua pemohon selaku memfailkan permohonan itu pada 16 Disember lalu di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Siti Nordiana sebagai responden.

Menurut Abang Azlan, dalam prosiding kes hari ini, pihak responden iaitu Siti Nordiana bersetuju untuk bicara kes saman itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

“Maka, perbicaraan di Mahkamah Sesyen (yang dijadualkan esok) ditangguhkan. Selanjutnya tiada kos dikenakan kepada semua pihak yang mana perpindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi dibenarkan bagi memberikan ruang bicara yang lebih adil kepada semua pihak,” kata peguam itu.

Tambahnya, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih luas untuk memberi remedi (ganti rugi) kepada Siti Nordiana sekiranya keputusan kes memihak kepada anak guam.

Dalam kes saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana sebelum ini, kedua-dua pemohon masing-masing merupakan defendan keempat dan kelima.

Sebelum ini, berdasarkan dokumen yang diperoleh, antara alasan permohonan dua individu itu ialah jumlah keseluruhan tuntutan responden (Siti Nordiana) terhadap pemohon-pemohon sebanyak RM2.5 juta yang mana satu jumlah yang melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Pada peringkat sekarang, perbicaraan kes saman fitnah yang masuk hari kedua dan telah berlangsung pada 17 Disember lalu, masih didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI