fbpx

150 ekor burung Murai Batu dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rampasan 150 ekor burung Murai Batu oleh Angkatan Tentera Malaysia di Pengerang, Johor.

PETALING JAYA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerima serahan rampasan 150 ekor burung Murai Batu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 27 Disember lepas.

Perhilitan dalam satu kenyataan berkata, kesemua hidupan liar terbabit telah dirampas dalam satu rondaan yang dijalankan oleh ATM di sekitar daerah Pengerang, Johor.

“Dalam rondaan tersebut, seorang lelaki warga tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan berkenaan penyeludupan kesemua burung tersebut.

“Kesemua barang rampasan telah diletakkan di Jabatan Perhilitan Daerah Bandar Penawar, Johor untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Jabatan Perhilitan Semenanjung turut berterima kasih kepada ATM atas kerjasama yang diberikan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI