fbpx

Ajay Devgn harap 2022 tiada mimpi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJAY DEVGN

AKTOR terkenal Ajay Devgn berharap tahun 2022 boleh memberikan semula ‘nyawa’ industri perfileman Bollywood yang dilihat agak suram sepanjang 2021.

Suami kepada aktres Kajol itu juga berdoa semoga tahun ini lebih baik berbanding sebelumnya agar masyarakat boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya tidak bercakap tentang diri sendiri, sebaliknya untuk seluruh penduduk di India. Selain industri perfileman yang terjejas, ramai juga yang hilang pekerjaan kerana Covid-19.

“Justeru saya berharap supaya tahun ini tidak menjadi sejarah yang buruk seperti tahun lalu,” katanya.

Pelakon berusia 52 tahun itu mengulas pelaksanaan kerajaan India yang masih mengekalkan beberapa kawasan termasuk Delhi dalam zon kuning.

Keadaan itu ekoran timbul beberapa varian baharu Covid-19 seperti Omicron yang semakin menular ke beberapa negeri di India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI