fbpx

Janggut ‘rebonding’ suami Heliza jadi ‘bahan’ DBP perjelas bidalan lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan infografik DBP mengenai peribahasa lama tersebut.

PUTRAJAYA – Perkahwinan pasangan selebriti terkenal tanah air, Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman bukan sahaja menjadi topik sohor kini dalam kalangan warganet.

Malahan, keunikan janggut usahawan pelaburan kewangan ternama tempatan tersebut yang dirapi amat kemas ala gaya ‘rebonding’ itu juga diperkatakan ramai pengguna media sosial.

Lebih menarik, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut tidak ketinggalan apabila menjadikan isu penampilan jutawan berkenaan sebagai contoh bagi penjelasan bidalan lama masyarakat.

Menerusi hantaran berbentuk infografik dalam akaun sosialnya, ia menerangkan peribahasa seperti janggut pulang ke dagu yang membawa maksud iaitu memang sudah pada tempatnya.

Ia turut memaparkan wajah seorang lelaki yang berkulit putih dengan memakai sut tuksedo kelihatan ceria tersenyum sambil jari dari dua tangannya menarik dua bucu janggut dirapi segak.

Perkongsian agensi tersebut tular diperkatakan netizen apabila meraih lebih 5,000 tanda suka dan dikongsi hampir 900 kali kerana kebetulan seperti merujuk sesi pernikahan pasangan itu.

DBP melalui keterangan ringkas memaklumkan bahawa bidalan zaman dahulu itu sebenarnya ada dimuatkan dalam entri Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitannya pada 2016 lalu.

“Admin (pentadbir akaun DBP) lambat sehari tapi ‘tembakannya’ tepat,” kata warganet Ahmad Nazir Mohd. Azmi sambil disokong netizen Vaska Aturon dengan ayat ringkas: “Amboi Admin!”

“Peribasa lama muncul kembali… Hebat Admin kaitkan dengan situasi semasa,” ulas Nur Bie Jane, manakala Ridhuan Riee Ewann pula menulis: “Tersenyum aku baca peribahasa ini.” – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI