MERSING – Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini selepas empat mukimnya iaitu di Mukim Jemaluang, Mukim Mersing, Mukim Tenglu dan Mukim Semberong telah mencapai aras berbahaya serta telah dinaiki air.
Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Mohd Ali seramai 96 keluarga dan 387 mangsa yang dipindahkan ke PPS Balairaya Sri Pantai yang menempatkan mangsa terdiri daripada mereka yang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO).
Turut dibuka PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pantai, PPS Politeknik Mersing, PPS Sekolah Kebangsaan Tenglu, PPS Sekolah Kebangsaan Air Papan dan PPS Komplek Taman Negara Endau-Rompin.
“Pembukaan PPS telah dibuka dengan mengikut Standard Operation Prosedure (SOP) yang diarahkan oleh Pihak Majlis Keselamatan Negara dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Mersing, Rela, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjaga penjarakan serta pencegahan penularan wabak Covid-19 di daerah Mersing.
“Bilik Gerakan Monsun Timur Laut (MTL) juga telah diaktifkan bermula 31 Disember 2021 bagi menyelaraskan Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut Daerah Mersing yang dianggotai oleh Sekretariat JPBD Mersing,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, bagi agihan sumbangan, bantuan dan bekalan makanan akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melalui Bilik Gerakan Monsun Timur Laut yang berpusat di Pejabat Daerah Mersing.-K! ONLINE