fbpx

Anak: Avaa Vanja berjaya 2 permohonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Avaa (tiga dari kiri) bersama para peguam syarienya ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon Avaa Vanja menarik nafas lega apabila dua permohonan iaitu hadhanah interim (hak penjagaan sementara) dan injunksi berhubung anaknya dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini

Peguam syarie Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Avaa berkata kedua kedua-kedua permohonan itu dibenarkan selepas mahkamah meneliti keseluruhan fakta yang difailkan Avaa pada pendengaran kes hadhanah yang berlangsung di mahkamah itu hari ini.

Menurut peguam syarie itu bagi kes hadhanah interim, anak guamnya memfailkan permohonan tersebut sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan berikutan Avaa khuatir kebajikan dan akidah anaknya terabai sekiranya tidak dijaga beliau.

Sementara bagi permohonan injuksi pula ia bagi menghalang suaminya membawa anak mereka ke luar negara.

“Avaa memfaikan injunksi bagi menghalang anaknya dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anak Avaa juga mempunyai kewarganegaraan negara itu,” kata Nurul Hafidzah ketika dihubungi.

Dalam prosiding hari ini, selain Nurul Hafidzah, Avaa turut diwakili peguam syarie Zeti Zulkifli.

Terdahulu Avaa memfailkan kedua-dua permohonan itu selepas beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lalu.

Sebelum ini media melaporkan yang Avaa membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana beliau berpendapat bahawa rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika dia terus tinggal bersama suaminya.

Sepanjang pembabitan dalam arena seni, aktres yang pernah diberi amanah mendendangkan lagu latar filem Estet itu kerap muncul di layar perak.

Antaranya Sembilu, Kala Malam Bulan Mengambang, Dukun serta Hantu Kak Limah: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Hantu Kak Limah Balik Rumah yang juga arahan Mamat Khalid sekitar 2011 pula menjadi kemunculan terakhirnya dalam dunia perfileman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI