fbpx

Pahang, Johor alami hujan berterusan hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan kategori buruk dijangka berlaku di negeri Pahang dan Johor hingga esok.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu tertumpu di kawasan Rompin di Pahang manakala Mersing di Johor.

“Bagi kategori waspada, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu di Kemaman, Pahang di Maran, Kuantan, Bera dan Pekan, Negeri Sembilan di Kuala Pilah, Rembau, dan Tampin serta keseluruhan kawasan negeri Melaka.

“Selain itu, turut diramal alami cuaca yang sama di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Di Sabah, turut menerima amaran waspada mebabitkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Dalam pada itu, katanya, amaran hujan berterusan untuk kategori bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI