fbpx

Bayi merangkak seorang diri di hadapan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan bayi yang sedang merangkak dan berlegar-legar di luar kawasan taman perumahan.

PETALING JAYA – Kelekaan ibu bapa dalam menjaga anak-anak terutamanya yang masih kecil boleh mengundang banyak perkara yang tidak diingini.

Video berdurasi 10 saat yang dikongsi di Facebook Love Kuala Selangor, memaparkan seorang bayi sedang merangkak di luar kawasan perumahan berseorangan tanpa peamntauan ibu dan bapanya.

Namun lokasi dan kejadian tidak dapat dipastikan.

Rata-rata orang ramai menyelar kelekaan ibu bapa kepada bayi itu.

“Ya Allah, kalau (usia) dua atau tiga tahun boleh terima lagi, ini bayi, memang kena maki mak ayah dia ini.

“Teruk betul, macam mana bayi boleh merangkak macam itu? geramnya lah aku,” tulis Muhammad Nur Arif.

“Anak siapa lah ini, kunci pintu bukan susah pun, teringin sahaja nak maki mak dan bapa budak ini,” kata Nur Miskinah.

Sementara itu, Normaliza Osman turut meninggalkan komen.

“Ini kalau macam ini, senang kerja penculik, bila anak hilang mula la, pagar rumah itu tutup la,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI