fbpx

Mangsa banjir di Johor cecah 4,062

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir yang melanda kawasan Kampung Mawai, Kota Tinggi, Johor.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan peningkatan dengan seramai 4,062 mangsa banjir direkodkan di tujuh daerah seluruh negeri ini setakat pukul 12 tengah hari, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu terdiri daripada 1,064 buah keluarga.

Menurut beliau, daerah yang terjejas akibat banjir di negeri ini ketika ini adalah Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.

“Jumlah itu adalah peningkatan berbanding jumlah mangsa yang direkodkan pada pukul 8 pagi iaitu seramai 3,841 mangsa daripada 1,008 buah keluarga di enam buah daerah.

“Segamat kekal daerah paling teruk terjejas akibat banjir dengan seramai 3,284 mangsa direkodkan, diikuti Mersing (371 mangsa), Kota Tinggi (174 mangsa) dan Tangkak (123 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Setakat ini, sejumlah 64 pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir telah dibuka untuk menempatkan kesemua mangsa banjir di negeri ini.

Tambah Vidyananthan, ramalan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia masih menunjukkan Johor dengan tahap Amaran Hujan Berterusan Bahaya bagi seluruh negeri untuk hari ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI