fbpx

Enam PATI pandu bot pelancong Pulau Perhentian ditahan JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam pemandu bot pelancong warga asing disyaki PATI yang ditahan JIM dalam operasi di Pulau Perhentian dekat Besut semalam.

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

BESUT – Seramai enam pemandu bot pelancong Pulau Perhentian yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu semalam.

Pengarah Imigresen Terengganu, Ungku Joha Ungku Mohamad berkata, kesemua lelaki asing berkenaan yang merupakan empat warga Bangladesh dan dua dari Nepal ditahan ketika sedang memandu bot membawa pelancong ke Pulau Perhentian dekat sini.

“Operasi penguat kuasaan itu menyasarkan warga asing yang melakukan aktiviti pelancongan di Pulau Perhentian tanpa mempunyai dokumen penjalanan dan permit kerja yang sah.

“Seramai 15 anggota penguat kuasa JIM Terengganu telah menyamar sebagai pelancong untuk melakukan risikan sebelum menahan kesemua suspek terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ungku Johar berkata, anggota penguat kuasa yang berpura-pura mahu mendapatkan perkhidmatan bot ke Pulau Perhentian sebelum menahan suspek sebaik tiba ke destinasi berkenaan.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia 25 hingga 48 tahun itu mengaku bekerja secara tidak sah dengan pengusaha bot pelancong sejak satu hingga sembilan tahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,500.

“Kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kemudiannya ditahan sementara di Depoh Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI