fbpx

Twitter tutup terus akaun wakil rakyat AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENE bercakap pada satu sidang akhbar di Washington pada 1 November 2021. - AFP

WASHINGTON – Wakil rakyat Georgia, Marjorie Taylor Greene disekat di Twitter kelmarin kerana didakwa menyebabkan maklumat salah mengenai Covid-19, lapor akhbar New York Daily News.

Akaun peribadi anggota Kongres Parti  Republikan itu ditutup secara tetap kerana ‘pelanggaran polisi berulang kali’, demikian menurut firma media sosial Amerika Syarikat tersebut.

“Kami jelas mengenai perkara ini. Di Twitter, kami akan menutup mana-mana akaun yang berulang kali melanggar polisi kami,” kata seorang jurucakap laman sosial itu kepada New York Daily News.

Berdasarkan sistem hukuman Twitter yang diperkenalkan pada Mac tahun lalu, tiada tindakan akan diambil untuk pelanggaran polisi kali pertama diikuti akaun disekat selama 12 jam untuk pelanggaran kali kedua dan 12 jam lagi untuk pelanggaran  ketiga, manakala akaun pelanggan akan dibekukan selama tujuh hari untuk kesalahan kali keempat. Kesalahan kali kelima menyaksikan akaun berkenaan ditutup secara tetap.  Jurucakap Twitter tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan  mesej Greene yang menyebabkan dia disekat.

Bagaimanapun, akaun profesional ahli politik tersebut kekal aktif.

Akaun peribadi Greene pernah digantung pada Ogos 2021 apabila Twitter ‘menandakan’  komennya  mengenai kegagalan vaksin sebagai mengelirukan dan tidak benar. Akaunnya  turut digantung pada bulan ini  kerana menyebarkan teori konspirasi mengenai pusingan kedua pilihan raya Senat Georgia pada Julai tahun lalu. Beliau juga disekat pada Julai lalu kerana menyebabkan maklumat salah tentang Covid-19.

Mengulas perkembangan tersebut, Greene menyalahkan syarikat-syarikat Lembah Silikon seperti Twitter kerana hanya mengikut telunjuk rejim Presiden Joe Biden yang mahu menyekat kebebasan bersuara dan menghalang sebarang penyebaran  maklumat yang tidak mendapat kelulusan kerajaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI