fbpx

Elisya Sandha hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Elisya Sandha memberi bayangan dirinya sudah berbadan dua menerusi Instagram.

PETALING JAYA – Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly bakal jadi nenek apabila menantu kesayangannya yang juga aktres jelita, Elisya Sandha kini hamil.

Berita menggembirakan tersebut didedahkan Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Mohd. Faisal, 22, menerusi satu muat naik video imbasan sepanjang tahun 2021 dalam Instagram miliknya.

Meskipun tidak mengesahkan secara terperinci, terpapar sekeping gambar imbasan ultrabunyi yang diselitkan di dalam video berkenaan.

“Syukur alhamdulillah untuk segala-galanya. Biarpun dengan segala naik turun (yang berlaku), saya bersyukur,” tulis pelakon drama rantaian Oh My Hantaran itu sebagai kapsyen menerusi video yang dikongsi.

Pantas buat kerja, ramai dalam kalangan peminat yang menyedari foto imbasan ultrabunyi berkenaan dan terus membanjiri ruangan komen entri terbaharu Elisya yang juga merupakan adik kepada pelakon, Fasha Sandha.

“Saya nampak sesuatu. Tahniah si cantik.

“Hari itu masa Elisya makan nasi kandar lepas tu kata lepas makan semua terkeluar balik dah agah dah mesti hamil. Alhamdulillah,” demikian antara komen ditinggalkan peminat.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan pengesahan dari bibir Elisya sendiri belum berhasil apabila aktres berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan WhatsApp.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI