fbpx

Tiada pelepasan air dari empangan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.

PETALING JAYA – Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka menafikan pihaknya membuat pelepasan air dari Empangan Durian Tunggal seperti yang tular di laman sosial.

Sebaliknya kata Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka, ia hanya merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air.

“Setakat ini, Kerajaan Melaka tidak membuat sebarang keputusan untuk pelepasan air dari kedua-dua empangan (Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus).

“Ini kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal iaitu hanya melalui sistem spillway sedia ada,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, ketika ini Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus telah mencapai tahap 100 peratus.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI