fbpx

Risiko tanah runtuh, Jalan Dangi – Ulu Rokan ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu lagi laluan di Jalan Dangi – Ulu Rokan, Gemencheh, di sini, ditutup sejak 3 petang tadi susulan berisiko berlaku tanah runtuh serta mengundang bahaya. – IHSAN BOMBA

TAMPIN – Satu lagi laluan di Jalan Dangi – Ulu Rokan, Gemencheh, di sini, ditutup sejak 3 petang tadi susulan berisiko berlaku tanah runtuh serta mengundang bahaya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.54 petang itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh dikejarkan ke lokasi sebaik menerima aduan terdapat pokok tumbang merintangi laluan berkenaan.

Menurut Ketuanya, Norfaizal Ahmad, pasukan bomba telah membersihkan laluan tersebut namun laluan tersebut didapati masih berpotensi untuk berlaku runtuhan lagi.

“Masih berlaku pergerakan tanah kesan dari hakisan air. Oleh itu, laluan ini ditutup sepenuhnya kepada sebarang kenderaan atas faktor keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daerah Tampin menjadi daerah terbaharu paling terjejas dalam kejadian banjir bermula kelmarin.

Selain lokasi tersebut terdapat empat lai lokasi laluan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan iaitu jalan di Kampung Kurnia Diraja, jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang, Kampung Bangkahulu dan Tugu Peringatan Sungai Kelamah.

Manakala, dua lagi laluan iaitu jalan utama Bukit Rokan dan Jalan Kampung Pasir Besar ditutup untuk kenderaan ringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI