PETALING JAYA – Anak-anak ibarat kain putih yang mana kita sebagai ibu bapa yang selayaknya mencorakkannya samada cantik ataupun tidak.
Tidak kisah ke mana arah tuju anak kita nanti, namun tiada ibu bapa yang tidak mahu anaknya berjaya dan mengharumkan nama orang tuanya.
Satu klip video yang tular di media sosial hari ini menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun begitu mencuit hati.
Persembahan silat untuk pengantin yang biasanya dilakukan oleh golongan remaja mahupun dewasa telah diambil alih oleh kanak-kanak tersebut.
Tanpa gentar, begitulah semangat pahlawan Melayu dahulu kala ditunjukkan oleh adik kecil ini di pentas persilatan hanya berseorangan tanpa pasangan.
Rata-rata orang ramai memuji dan menyatakan keberanian dan susun atur gerak langkah yang kemas adalah dari didikan ibu bapa kanak-kanak terbabit.
“Bergaya adik ni, susun atur langkah silatnya begitu kemas, tahniah kepada orang tuanya.
“Aku berasa bangga ada generasi muda seperti adik ini menyambung legasi pahlawan Melayu yang terkenal dahulu,” jelas Adam Radzi.
“Siapa nak tengok Hang Nadim yang pintar dan pandai bersilat, inilah bayangannya. Alhamdulillah ada penyambung warisan Melayu.
“Paling bagus adik ni tak salam pun pengantin perempuan. Bagus didikan ibu ayahnya, tahniah,” jelas Che Pa Che Su. – K! ONLINE