fbpx

Drama Skuad JPJ didik masyarakat mengenai keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelakon utama yang hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penerbitan Drama Skuad JPJ di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kisah benar mengenai kejayaan operasi selain cabaran dan kesulitan dihadapi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antara yang bakal ditonjolkan menerusi penerbitan drama Skuad JPJ.

Drama 13 episod dengan setiap satunya ditayangnya berdurasi 60 minit akan memulakan penggambaran bermula 1 Oktober yang mengambil masa 45 hari bergantung kepada keadaan cuaca serta akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ia menampilkan enam watak utama dibintangi oleh pelakon Rashdan Baba, Saharul Ridzwan, Fify Azmi, Kodi Rasheed, Sefik Khair dan Fiza Thomas.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kalamariff Holdings Sdn. Bhd., Arisz Ab. Rahman berkata, drama tersebut akan diselitkan dengan pelbagai isu serta kisah benar daripada fail JPJ misalnya isu cermin gelap, nombor pendaftaran kenderaan selain langgar lari.

“Antara elemen menarik drama bercorak anggota uniform ini selain menonjolkan tugas hakiki sebagai pegawai JPJ, ia juga tidak boleh lari daripada elemen cinta.

“Drama ini akan menampilkan 60 peratus aksi serta 40 peratus elemen cinta malah selain JPJ, ia akan melibatkan agensi lain dalam operasi yang bakal dilakonkan berdasarkan kes.

“Sebagai contoh kereta klon mungkin antara JPJ dengan polis dan kastam atau di bahagian sempadan, mungkin bersama imigresen,” katanya pada sidang akhbar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPJ dengan Kalamariff Holdings Sdn. Bhd. di sini hari ini.

MoU penerbitan drama ‘Skuad JPJ’ itu ditandatangani oleh wakil JPJ iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Zamakhshari Hanipah manakala Arisz sendiri mewakili Kalamariff Holdings Sdn. Bhd.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohammad Yatim Nawawi berkata, drama tersebut membabitkan kos perbelanjaan kira-kira RM500,000 bakal ditayangkan pada April tahun depan bersempena Sambutan Hari JPJ 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI