fbpx

‘Tiada lagi pelanggan tertelan paku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi paku yang dijual di Restoran Nasi Sumatera Wan Sri di Jalan Dusun Muda, Kota Bahru.

KOTA BHARU – Rata-rata pemilik kedai makan yang menjalankan perniagaan nasi sumatera yang sinonim dengan panggilan nasi paku tetap akan menggunakan peralatan itu sekiranya tiada arahan jelas daripada kerajaan.

Pemilik Restoran Nasi Sumatera Wan Sri di Jalan Dusun Muda di sini, Wan Zulkifli Wan Mahmood berkata, penggunaan paku merupakan salah satu tradisi yang digunakan dalam perniagaan keluarganya itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Dia berpendapat, penggunaan paku tidak menjadi masalah besar buat peniaga atau pelanggan kerana ia digunakan pada bahagian luar pembungkusan dan bukan di dalam makanan.

“Paku diguna agar pembungkusan nasi sumatera lebih ketat dan bungkusannya tidak mudah terbuka jika pelanggan meminta nasi atau lauk yang banyak.

“Tiada lagi pelanggan saya yang tertelan paku setakat ini. Jika khuatir pelanggan akan tertelan paku, kita boleh menggunakan hujah sama pada penggunaan gelang getah, pe­ngokot (stapler) atau lidi pada pembungkus makanan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Pekerja Restoran Nasi Sumatera Wan Sri di Kota Bharu menggunakan paku sebagai pengetat bungkusan makanan.

Dia yang meneruskan perniagaan keluarga sejak 20 tahun lalu berkata, dia akur sekiranya kerajaan atau pihak berkuasa mengeluarkan arahan rasmi untuk melarang penggunaan paku pada pembungkusan nasi.

Ujarnya, jika tidak boleh menggunakan paku, keunikan dan keistimewaan nasi suma­tera di Kelantan sudah tiada lagi malah, pembungkusannya juga sama seperti nasi berlauk yang dijual di kebanyakan gerai.

Sementara itu, seorang peniaga restoran Nasi Paku di Berek 12 di sini, Muhamad Ibrahim, 31, tidak menyangka isu penggunaan paku pada pembungkusan makanan timbul semula akhir-akhir ini meskipun ia sudah

Menurutnya, paku yang digunakan oleh kebanyakan peniaga sepanjang 2.54 sentimeter hanya diletakkan pada bahagian atas bungkusan nasi.

“Tidak timbul isu mengenai perkara itu kerana ia hanya digunakan pada bahagian luar bungkusan nasi,” katanya.

Sebelum ini, Public Health Malaysia (PHM) menyarankan penjual untuk hentikan trend membungkus nasi menggunakan paku kerana paku ini dianggap sebagai food hazard (makanan bahaya).

“Jika ada peniaga yang masih membungkus makanan menggunakan paku, laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran,” jelas PHM menerusi Facebook.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI