fbpx

Banjir: Kampung Morten kini menjadi ‘pulau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini Kampung Morten

MELAKA – Perkampungan tradisional Melayu, Kampung Morten kini menjadi ‘pulau’ selepas air Sungai Melaka di sekeliling kawasan itu melimpah, sejak pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di lokasi turut mendapati air mula memasuki kediaman yang terletak berhampiran sungai.

Sementara itu, beberapa laluan utama di kawasan Batu Berendam termasuk di bulatan di Taman Angkasa Nuri telah ditutup selepas turut ditenggelami air banjir.

Sehingga pukul 3 petang tadi, cuaca masih lagi hujan dan tiada tanda-tanda keadaan bertambah pulih.

Setakat ini seramai 1,225 mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas 24 kawasan di ketiga-tiga daerah di negeri ini terjejas.

Sebanyak 17 PPS dibuka dengan sembilan di Alor Gajah, enam di Melaka Tengah dan dua di Jasin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI