fbpx

Banjir: 33 ekor ternakan kambing biri-biri mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Mohd. Talib menunjukkan gambar kambing biri-birinya yang mati akibat banjir kilat di Kampung Air Taling, Dangi, Kuala Pilah semalam ketika ditemui pemberita di PPS Dewan Besar Dangi, Kuala Pilah.

KUALA PILAH – Selepas 21 ekor kambing biri-biri ternakannya mati akibat banjir tahun lalu, kejadian serupa menimpa lagi kepada Amir Mohd. Talib, 59,.

Pada kali ini, sebanyak 33 daripada 52 ekor kambing mati susulan banjir kilat yang melanda Kampung Air Taling, Dangi di sini semalam. Jumlah kerugian dianggarkan RM13,200.

Menurutnya, kejadian kali kedua ini berlaku kerana air naik begitu cepat pada pukul 2 pagi menyebabkan dia tidak sempat mengalihkan biri-biri tersebut ke kawasan tinggi.

“Saya pula berada di pusat pemindahan sementara (PPS) kerana rumah saya juga ditenggelami air,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPS Dewan Besar Dangi, di sini hari ini.

Menurut Amir, dia juga tidak menyangka akan berlaku hujan lebat kali ini sehingga menyebabkan kejadian sama berulang.

Amir bagaimanapun berterima kasih kepada penduduk kampung yang membantu menyelamatkan ternakanannya dengan menggunakan bot.

Dalam pada itu, Amir memberitahu, dia berhasrat mencari lokasi baharu selepas ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Saya juga tidak dapat memikirkan nasib kambing yang masih berada di ladang ternakan kerana ladang masih ditenggelami air dan hujan lebat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI