fbpx

26 kematian Covid-19, Kuala Lumpur tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kuala Lumpur merekodkan sebanyak tujuh kematian daripada 26 kes kematian Covid-19, sekali gus tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain.

Menurut data pada laman web CovidNow, pertambahan 26 kematian itu menjadikan jumlah kematian Covid-19 di seluruh negara sebanyak 31,513 kes serta tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,358 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Negeri-negeri yang merekodkan kematian ialah Selangor (4), Terengganu (3), Pahang (3), Perak (3), Kedah (2), Johor (1), Kelantan (1), Negeri Sembilan (1) dan Sarawak (1) serta tiada kematian di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 41,034 kes aktif melibatkan 33,896 kes dikuarantin di rumah, 3,357 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,508 kes di hospital, 114 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 159 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,386 kes semalam dilaporkan di Selangor (786 kes), Johor (426 kes), Kelantan (350 kes), Pahang (268 kes), Sabah (264 kes), Kedah (254 kes), Pulau Pinang (206 kes), Kuala Lumpur (191 kes), Melaka (182 kes), Perak (164 kes), Terengganu (130 kes), Negeri Sembilan (97 kes), Sarawak (24 kes), Perlis (22 kes), Putrajaya (20 kes) dan Labuan (dua kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI