fbpx

Lelaki jatuh kondominium bunuh diri, bukan dibunuh – Abd. Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri di aras bawah sebuah kondominium di Cheras kelmarin bukan dibunuh oleh anggota polis, sebaliknya mangsa dipercayai membunuh diri.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dalam satu kenyataan bagi menafikan maklumat yang tersebar di media sosial semalam.

Menurut Abd. Jalil, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian bunuh diri itu kira-kira pukul 8.05 malam pada Khamis lalu menerusi aduan daripada orang awam.

Susulan laporan itu katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Salak Selatan ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan mangsa dipercayai membunuh diri dengan cara terjun dari tingkat 20 kondominium berkenaan.

“Maklumat lanjut daripada saksi mendapati mangsa tinggal berseorangan dan isterinya telah keluar daripada kediaman tersebut sejak 7 Disember lalu akibat masalah rumah tangga,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut Abd. Jalil berkata, ekoran kejadian tersebut mangsa mengalami tekanan.

“Hasil pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam lif mendapati mangsa masuk ke dalam lif berseorangan dan keluar di tingkat 20.

“Turut ditemui di tingkat terbabit adalah satu tin arak dan pelitup muka yang telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesanan,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI