fbpx

Barcelona intai kelibat Laporte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORTE dilaporkan sudah bosan diletakkan sebagai pilihan kedua dan bersedia untuk meninggalkan City jika mendapat tawaran menarik. – AFP

BARCELONA – Gergasi La Liga, Barcelona dilaporkan terus mengintai kelibat pemain Manchester City dan kali ini menjadikan pemain bek tengah, Aymeric Laporte sebagai sasaran untuk dibawa ke Camp Nou.

Sebelum ini, The Catalans berjaya memujuk City untuk melepaskan pemain penyerang, Ferran Torres dan kali ini mereka cuba memancing Laporte yang dikatakan sudah bosan diletakkan sebagai pilihan kedua di belakang John Stones.

Torres terpaksa dibeli Barcelona untuk menguatkan jentera serangan mereka selepas Sergio Aguero terpaksa mengumumkan persaraan ekoran berdepan masalah jantung.

Sistem penggiliran pemain di bahagian pertahanan yang dilakukan oleh Pep Guardiola tidak begitu menyenangkan Laporte selain pemain itu juga berminat untuk kembali bergandingan bersama seorang lagi bekas pemain City, Eric Garcia yang berhijrah pada musim panas lalu.

Laporan menyebut, Barcelona kini sedang berusaha untuk mendapatkan dana bagi melancarkan bidaan mendapatkan pemain berkenaan yang dianggarkan bernilai £57 juta (RM319.90 juta) ketika kontraknya hanya akan ber­akhir pada 2025.

Kelab Sepanyol itu juga dikatakan perlu berhati-hati dalam membuat per­belanjaan ketika mereka kini dalam proses mengurangkan beban hutang melebihi £1 bili­on (RM5.76 bilion).

Barcelona dilihat kembali berada dalam pasaran perpindahan pemain selepas mereka berjaya mendapatkan suntikan dana menerusi pinjaman sebanyak £508 juta (RM2.85 bilion) daripada Goldman Sachs. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI