fbpx

Bomba patahkan cubaan bunuh diri wanita kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Zairul Fahmi (kiri) memujuk wanita yang dipercayai cuba membunuh diri di tingkat satu bangunan rumah kedai di Taman Bernam, Tanjung Malim.-IHSAN JBPM PERAK

TANJUNG MALIM – Cubaan seorang wanita untuk membunuh diri ekoran tertekan cinta terhalang, gagal selepas dia berjaya dipujuk anggota bomba di sini petang tadi.

Kejadian di tingkat satu bangunan rumah kedai di Taman Bernam itu disedari orang awam yang menghubungi talian 999.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.20 petang.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati seorang wanita berusia 20 tahun sedang duduk di bahagian kaki lima rumahnya di tingkat satu bangunan rumah kedai sambil menangis.

“Pihak bomba masuk ke rumah wanita itu dan keluar melalui tingkap di biliknya bagi memujuk mangsa yang mengambil masa kira-kira setengah jam.

“Mangsa yang berjaya ditenangkan dibawa masuk ke dalam rumah dalam keadaan selamat. Difahamkan, tindakan mangsa berpunca akibat percintaannya dihalang keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, sebagai langkah berjaga-jaga, bomba turut merentang kain di tingkat bawah bangunan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI