fbpx

Cari ibu kandung anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR QAISARA ALEYA ABDULLAH ingin mencari ibu kandungnya, Nuraini Mohamad Jamaludin, yang tidak ditemui sejak tahun 2011 bagi membantu urusan kad pengenalan diri dan pendaftaran sekolahnya.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

KUALA PILAH: Seorang wanita kini mencari ibu kandung kanak-kanak perempuan yang dijaganya sejak 10 tahun lalu bagi menyelesaikan urusan pendaftaran persekolahan kanak-kanak tersebut.

Norshamshina Baharin, 56, dari Kampung Dioh Kecil, dekat sini menjelaskan, kanak-kanak itu, Nur Qaisara Aleya Abdullah yang kini berusia 13 tahun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

“Sekarang Nur Qaisara sudah berusia 13 tahun dan dia sepatutnya sudah mempunyai kad pengenalan diri. Bukan sahaja pendaftaran sekolah terganggu namun mahu membuka akaun bank juga ada masalah.

“Ibunya, Nuraini Mohamad Jamaludin, 36, berasal dari Sarawak. Sejak dilahirkan, urusan dokumentasi kelahiran Nur Qaisara Aleya tidak dapat dilakukan berikutan beberapa masalah yang berbangkit,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelas Norshamsina, Nur Qaisara Aleya berada dalam jagaannya sementara disebabkan bapa kanak-kanak itu sering keluar masuk pusat pemulihan disebabkan masalah dadah.

“Saya mohon agar ibu kandungnya tampil bagi memudahkan urusan membuat kad pengenalan kerana kali terakhir kami dapat menghubunginya adalah pada 2011.

“Saya ingin mencari ibu kepada Nur Qaisara Aleya ini iaitu Nuraini Mohamad Jamaludin yang tidak diketahui di mana dia berada sekarang. Sekiranya terbaca boleh hubungi saya segera di talian 011-40153070,” katanya.

Dalam pada itu, jelas Nurshamsina, disebabkan bapa kepada Nur Qaisara Aleya tidak bekerja tetap dia berhasrat untuk menjaga keperluan kanak-kanak itu.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk terus menjaga Nur Qaisara Aleya, lebih-lebih lagi dia adalah anak kepada adik kandung saya sendiri. Saya berharap urusan ini diselesaikan segera,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI