fbpx

Pelarian Rohingya jalani kuarantin 14 hari di Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian Rohingya berhimpit di dalam sebuah bot kayu ketika pegawai Indonesia melakukan pemindahan di pelabuhan Krueng Geukueh semalam. - AFP

JAKARTA – Seramai 120 pelarian Rohingya yang terumbang-ambing selama beberapa hari di tengah-tengah laut Aceh dipindahkan ke daratan melalui Pelabuhan Asean di Krueng Geukueh, kelmarin, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Bot rosak yang membawa etnik Rohingya itu berlabuh di pelabuhan tersebut pada pukul 11.58 malam (waktu tempatan) dan ditarik oleh kapal KRI Parang-647 milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia.

Ketika mendarat, kebanyakan daripada mereka yang merupakan kaum wanita dan kanak-kanak berada dalam keadaan lemah dan kesejukan kerana dibasahi hujan.

“Perkara yang harus difikirkan ketika ini adalah keselamatan nyawa mereka selepas lama terumbang-ambing di lautan,” kata wakil Rakan Pelindung Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR), Oktina.

Kesemua mereka telah diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan dikuarantin selama 14 hari mengikut protokol kesihatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI