fbpx

Dua termasuk mualaf didenda RM5,000 milik daging tidak disembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Sakinah Abdullah, 54 dan C. Mogan Raj,33, didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam di sini hari ini atas pertuduhan memiliki daging kerbau dan lembu tidak disembelih pada Januari dan Februari lalu. FOTO SAIRIEN NAFIS

SHAH ALAM – Dua individu termasuk seorang wanita mualaf didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki daging kerbau dan lembu yang tidak disembelih, Januari dan Februari lalu.

Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli turut memerintahkan Nur Sakinah Abdullah, 54 dan C. Mogan Raj,33, sebagai Orang Kena Saman ( OKS ) dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. OKS membayar denda tersebut.

Selain itu, kesemua 34 barangan kes yang disita diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk pelupusan.

Terdahulu, kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa memiliki karkas kerbau dan lembu yang tidak disembelih di rumah penyembelihan yang diluluskan atau dilesenkan.

Nur Sakinah didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai kawasan industri di Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh pukul 8.20 pagi pada 26 Januari lalu.

Sementara, Mogan didapati melakukan kesalahan tersebut di sebuah tapak pasar malam di Shah Alam pukul 3 petang, 19 Februari lalu.

Justeru, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 sekiranya disabit kesalahan mengikut Kaedah 2 ( a ) , ( b ) Kaedah-Kaedah Binatang ( Kawalan Penyembelihan ) (Pindaan) 2008.

Dalam prosiding tersebut, kedua-dua OKS yang tidak diwakili peguam memohon hukuman dikurangkan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Mohammad Firdaus Mat Ludin memohon sebaliknya kerana melibatkan kepentingan awam selain daging tersebut mesti diperiksa dahulu oleh pegawai pemeriksa Jabatan Veterinar sebelum dijual kerana boleh menjejaskan kesihatan orang awam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI