fbpx

Tujuh wilayah alami gangguan air bermula 10 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan air hari ini selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah di kesan di Sungai Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas sejak pukul 7.15 pagi tadi.

“Tiga lagi LRA turut dihenti tugas iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 SSP3 bermula pukul 9 pagi.

“Ekoran henti tugas ini, tujuh wilayah iaitu Kuala Lumpur; Gombak, Petaling; Klang/Shah Alam; Kuala Selangor; Hulu Selangor dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air bermula pukul 10 pagi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Elina, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimuat naik menerusi laman media sosial Twitter, Instagram, Facebook, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Jelasnya, Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan segera.

“Pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah,” nasihatnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI